Selasa, Ogos 17, 2010

CHUA: JAHIL, CAKAP TAK SERUPA BIKIN


Pada 6 Ogos yang lalu, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek telah membidas dua Parti Melayu Islam yang terbesar di Malaysia iaitu UMNO dan PAS kerana didakwa menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.

Dengan hanya merujuk kepada sebuah buku tulisan Syed Akhbar Ali, Malaysia and Club of Doom, Datuk Seri telah melabel antara lain bahawa negara-negara Islam di seluruh dunia bersifat kurang demokrasi kerana terlalu mementingkan agama, pemimpin Islam veteran menikmati kuasa mutlak dan membuat dasar yang tidak setara dengan pembangunan global.

Kenyataan yang telah beliau keluarkan sewaktu Konvensyen Tahunan MCA ke-33 di Alor Star menunjukkan bahawa beliau kurang sensetif dalam menjaga hubungan baik dengan bangsa serta agama lain khususnya umat Islam di negara ini.

Selaku seorang ahli politik, tindakan beliau tersebut pasti akan memberi gambaran yang buruk terhadap MCA selaku antara salah satu parti berteraskan bangsa yang tertua di Malaysia.

Malah, tindakan beliau boleh dilihat sebagai buta sejarah serta cuba bermain api perpecahan dengan melabel golongan yang mementingkan urusan keagamaan sebagai tidak demokrasi. Apatah lagi agama yang disentuh dalam ucapan beliau merupakan agama Islam iaitu agama rasmi bagi Malaysia.

Seharusnya, beliau menyedari bahawa dengan berpegang teguh kepada ajaran agama khususnya Islam memungkinkan seseorang itu berlaku adil dalam kehidupan serta mengamalkan sistem pentadbiran negara yang cekap dan berhemah.

Berpegang teguh kepada agama bukan merupakan suatu jenayah. Malah demokrasi yang berlandaskan keadilan dan pemberian hak yang sepatutnya kepada rakyat amat dituntut oleh Islam. Justeru adalah kenyataan yang telah beliau keluarkan bahawa tidak berasas dan hanya akan member persepsi yang buruk terhadap Islam.

Beliau yang suatu ketika dahulu pernah dicemuh kerana dituduh sebagai pelaku rakaman video seks di salah sebuah hotel di Johor awal tahun 2008.

Akibatnya dari pendedahan video seks tersebut, beliau telah mengaku bersalah dan mengakui bahawa beliau sebagai pelaku dalam rakaman tersebut. Maka, beliau secara sukarela melepaskan semua jawatan menteri, Ahli Parlimen Labis, ketua MCA bahagian Batu Pahat serta Pengerusi MCA Johor.

Apa yang dikesalkan, sehingga kini beliau masih dilihat tidak bertanggungjawab atas kenyataan yang telah dikeluarkan. Malah masih tidak kedengaran kesudian beliau menarik semula kenyataan serta tuduhan yang telah beliau nyatakan sewaktu di konvensyen lalu.

0 ulasan:

Catat Ulasan