PERBICARAAN KES ROSMAH PUAKA
PERTUDUHAN:
1) Seksyen 14(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan dan boleh dihukum denda maksimum RM300
2)Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang membawa hukuman dua tahun penjara.
3)Seksyen 436/511 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api mengakibatkan maksimum 10 tahun penjara
4) Seksyen 447 iaitu kesalahan melakukan pencerobohan jenayah membawa hukuman 6 bulan penjara.
KRONOLOGI PERBICARAAN
Mahkamah Seksyen Jenayah 2 (MSJ2)
1 JULAI 2009
- OKT pertama dan kedua (Mohamad Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahrul Deen) dituduh ke mahkamah buat kali pertama dan mereka tidak mengaku bersalah atas pertuduhan dan minta dibicarakan.
- Pertuduhan dibaca di Mahkamah Seksyen Jenayah 2 (MSJ2) dan Mahkamah Majestret Jenayah 4 (MMJ4)
- Tarikh mula perbicaraan di MSJ2 ditetapkan pada 7 Disember 2009 bagi Seksyen 427,436/511 Kanun Kesiksaan dan 447 manakala di MMJ4 bagi Seksyen 14(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan pada 24 & 25 Jun 2010.
7 DISEMBER 2009
- OKT ketiga, keempat dan kelima (Mohd Syazni Munir, Mohd Aizat & Mohd Saufi) dihadapkan ke mahkamah untuk dibaca pertuduhan. Kesemua mereka tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.
- Perbicaraan bagi OKT pertama dan kedua terpaksa ditangguhkan kerana pihak forensik masih tidak dapat menyediakan laporan kimia sepertimana yang dikehendaki.
- Perbicaraan ditunda pada 15 Jun 2010.
15 Jun 2010
- Saksi Pendakwaan (SP) pertama mengesahkan bahawa tiada sebarang bahan hidrokarbon meruap (petrol) dikesan pada kesemua 19 barang kes yang dihantar kepada beliau. Begitu juga tiada sebarang cap jari kelima-lima tertuduh dijumpai di kawasan dan pada botol yang dipercayai digunakan untuk mengisi minyak petrol dalam kejadian tersebut.
Mahkamah Majestret Jenayah 4 (MMJ4)
24 & 25 Jun 2010
- Seramai 6 orang SP telah dipanggil oleh pihak pendakwaan. 4 orang dari mereka adalah pengawal keselamatan yang merupakan saksi utama yang berjaya menahan OKT pertama yang disyaki melakukan perbuatan khianat tersebut.
- Hakim menetapkan tarikh 12 Julai bagi menetapkan keputusan.
12 Julai 2010
- Hakim MMJ4 memutuskan OKT pertama dilepaskan tanpa diarah membela diri. Pada hemat hakim pihak pendakwaraya gagal membuktikan kes prima facie terhadap tuduhan menggelapkan nombor pendaftaran motorsikal dilakukan oleh tertuduh.
Mahkamah Seksyen Jenayah 2 (MSJ2)
28 Julai 2010
- SP ke 17 iaitu pakar forensik multimedia mengesahkan laporan forensik terhadap simkad dan telefon bimbit OKT pertama dan kedua adalah negatif. Tiada sms atau panggilan telefon yang membuktikan sebarang perancangan khianat yang dirancang serta perhubungan antara kelima-lima OKT.
30 Julai 2010
- SP ke 19 iaitu Pegawai Penyiasat kes, mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan saksi-saksi lain. Percanggahan fakta merujuk kepada bilangan botol yang didakwa digunakan untuk diisi minyak petrol. Turut sama kenyataan beliau bercanggah mengenai tempat botol-botol tersebut dibuang.
**6 Ogos 2010
- OKT pertama menerima surat dari Pendakwaraya yang menyatakan kemenangan beliau dalam perbicaraan di MMJ4 pada 12 Jun 20101 ditarik semula dan pihak pendakwaraya mengemukakan semakan kehakiman ke Mahkamah Tinggi/Rayuan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan MMJ4.
**12 Ogos 2010
- Surat jawapan dari Mahkamah Tinggi/Rayuan mengesahkan menerima rayuan pihak pendakwaraya. Keputusan MMJ4 digantung dan tarikh baru akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi untuk semakan kehakiman.
13 Ogos 2010
- SP 19 (Pegawai Penyiasat) sekali lagi dipanggil ke mahkamah untuk dirakam kenyataan.
- Mengejutkan apabila SP 19 mengakui sepanjang penyiasatan yang beliau lakukan, wujud beberapa campurtangan dari pihak-pihak luar antaranya Speacial Branch (SB) dan unit D7 ketika soal siasat dilakukan. SP 19 yang yang sepatutnya mengetuai penyiasatan terhadap kes ini juga mengaku beberapa arahan penangkapan OKT 3 dan 4 bukan dikeluarkan oleh beliau. Peguambela dengan tegas menyatakan dalam mahkamah bahawa tindakan campurtangan tersebut adalah tidak sah seperti yang termaktub dalam akta polis.
1 September 2010 (Sesi Penghujahan)
- Sesi penghujahan dan kesimpulan antara peguambela dan pendakwaraya berlangsung selama satu hari.
- Sewaktu sesi penghujahan berlangsung, wujud sedikit gangguan apabila pihak pendakwaraya memohon agar sesi penghujahan yang sepatutnya dijalankan hari tersebut ditunda ke tarikh lain memandangkan pihak pendakwaan masih belum menyiapkan hujahan bertulis seperti yang diminta oleh Hakim.
- Permintaan tersebut ditolak oleh hakim dan mengarahkan pendakwaraya menyiapkan kertas penghujahan beliau pada hari tersebut juga. Hal ini menyebabkan mahkamah terpaksa ditangguh hampir 4 jam menanti kertas penghujahan pendakwaraya disiapkan.
- Hakim menegur kertas penghujahan pendakwaraya yang tidak lengkap serta kurang spesifik.
- Kesemua barisan penguambela menyatakan pihak pendakwaraya gagal mewujudkan prima facie terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atas kelima-lima OKT dan menyatakan apa yang cuba dibuktikan oleh pendakwaraya adalah hanya satu anggapan semata-mata tanpa ada sebarang bukti fizikal mahu pun laporan forensik yang menyokong andaian tersebut.
- Pihak pendakwaan bertegas beliau telah berjaya mewujudkan prima facie terhadap pertuduhan ke atas 5 orang OKT kerana kejayaan pihak polis memberkas 3 lagi OKT hasil dari soal siasat terhadap Okt pertama dan kedua.
Hakim menetapkan 24 September ini sebagai tarikh menetapkan keputusan.. Semoga Allah mempermudahkan segalanya dan membantu kami yang telah lama dizalimi.. Wassalam

0 ulasan:
Catat Ulasan