Khamis, Ogos 26, 2010

SAMAN EKOR ATAU KEPALA?

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri dalam jawapannya kepada soalan Yang Berhormat Ahli Parlimen Ledang di Dewan Rakyat, Parlimen pada 24 Jun 2010 menyatakan seperti berikut:-

Datuk Abdul Rahim bin Bakri: Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat, kita sedar tentang rungutan-rungutan ini tetapi seperti mana yang kita tahu bahawa ada dua jenis saman yang biasa kita kemukakan kepada pemilik-pemilik kenderaan iaitu saman yang pertama iaitu apabila saman itu diserahkan kepada pemandu tersebut dan ini adalah merupakan tanggungjawab mereka untuk membayar atau melunaskan saman tersebut.

Akan tetapi ada satu jenis saman lagi iaitu kita memberikan notis iaitu pihak polis biasanya mengeluarkan notis polis 170A iaitu Pindaan 3/2003 atau pihak JPJ akan mengeluarkan notis JPJ (P23) yang dikeluarkan di bawah seksyen 115 APJ187. Bagi kes yang kedua ini, yang ingin saya nyatakan di sini bahawa, mereka-mereka yang telah diberikan notis ini, mereka sepatutnya bertanggungjawab untuk mengemukakan atau bertemu dengan pihak-pihak seperti PDRM dan juga polis untuk memberikan respons kepada polis ini. Apabila mereka tidak memberikan respons terhadap polis ini maka tindakan boleh diambil ke atas mereka, ke atas tidak memberikan respons kepada notis tersebut. Oleh sebab itu mereka seperti mana yang diberikan recommendation yang telah dibuatkan oleh NKRA, maka kita boleh menyekat urus niaga sama ada pembaharuan lesen memandu ataupun pembaharuan road tax. Terima kasih.

Berdasarkan jawapan Timbalan Menteri tersebut saman boleh dikategorikan kepada dua (2) kategori iaitu :-

a) Saman yang diserahkan kepada pemandu tersebut.

b) Notis daripada Polis (Pol 170A) dan Notis daripada JPJ di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987)

Jawapan Timbalan Menteri Pengangkutan tersebut adalah salah dan jauh tersasar daripada peruntukkan undang-undang sedia ada. Timbalan Menteri Pengangkutan samada keliru atau telah dikelirukan oleh Penasihat Undang-Undang Kementerian berkaitan perkara ini. Atau pun Penasihat Undang-Undang tersebut memang tidak faham undang-undang justeru menasihatkan Timbalan Menteri dengan nasihat yang salah. Malang lah jika sebab kedua itu benar.

Mengikut peruntukkan Akta Pengangkutan Jalan 1987, Saman ialah suatu arahan untuk hadir di Mahkamah yang dikeluarkan di bawah Seksyen 53 (1) APJ 1987.

Seksyen 53 Akta Pengangkutan Jalan 1987

Kuasa memerintahkan kehadiran di mahkamah

(1) Jika seseorang pegawai polis, warden lalu lintas atau pegawai pengangkutan jalan mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa mana-mana orang melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini, dia boleh, sebagai ganti daripada membuat permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan saman, dengan serta-merta menyampaikan kepada orang itu suatu notis dalam borang yang ditetapkan memerintahkan orang itu supaya hadir di hadapan mahkamah Majistret yang berhampiran yang mempunyai bidang kuasa membicarakan kesalahan itu, pada masa dan tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.

Berdasarkan peruntukkan ini, saman kategori pertama dalam jawapan Timbalan Menteri Pengangkutan adalah betul.

Kategori kedua dalam jawapan Timbalan Menteri di dalam Dewan Rakyat dengan jelas bahawa satu (1) lagi jenis saman ialah dengan memberikan notis Pol 170A dan Notis Seksyen 115 APJ 1987.

Notis dan Saman adalah dua (2) perkara yang berbeza. Notis adalah makluman mengenai sesuatu perlakuan kesalahan. Bagaimana Timbalan Menteri, PDRM dan juga JPJ boleh mentafsirkan notis sebagai SAMAN??? Seperti yang dijelaskan sebelum ini, saman ialah suatu arahan yang dikeluarkan mengikut Seksyen 53 APJ 1987.

Seksyen 115 APJ 1987

Kewajipan memberi maklumat dan penggunaan pernyataan sebagai keterangan

(1) Jika pemandu suatu kenderaan motor dikatakan atau disyaki melakukan suatu kesalahan berkaitan dengan pemanduan kenderaan motor—

(a) pemunya kenderaan motor itu hendaklah memberi apa-apa maklumat sebagaimana yang dia dikehendaki memberi oleh seorang pegawai polis, warden lalu lintas atau pegawai pengangkutan jalan mengenai identiti dan alamat orang yang telah memandu kenderaan motor itu pada masa atau lebih kurang pada masa kesalahan yang dikatakan itu, dan mengenai lesen atau lesen-lesen yang dipegang oleh orang itu, dan jika dia gagal berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari dari tarikh maklumat itu dikehendaki daripadanya dia adalah melakukan suatu kesalahan melainkan dia membuktikan dengan memuaskan hati mahkamah, bahawa dia tidak mengetahui atau tidak boleh dengan usaha yang munasabah memastikan maklumat yang dikehendaki; dan

(b) mana-mana orang lain yang telah atau sepatutnya menjaga kenderaan motor itu hendaklah, jika dikehendaki seperti yang tersebut dahulu, memberi apa-apa maklumat yang dalam kuasanya untuk memberi, dan yang boleh menyebabkan pengenalan pemandu itu, dan jika, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh maklumat itu dikehendaki daripadanya, dia gagal berbuat demikian, dia melakukan suatu kesalahan.

Peruntukkan Seksyen 115 (1) APJ 1987 ini adalah jelas menunjukkan bahawa ia adalah suatu notis yang bertujuan mendapatkan maklumat daripada pemilik kenderaan dan bukannya saman.

Bagaimana notis ini boleh dikira sebagai “SAMAN”? Apabila notis di bawah Seksyen 115 APJ 1987 ini dikeluarkan, dalam tempoh tujuh (7) hari maklumat tersebut perlu diberikan. Jika maklumat telah diterima, maka PDRM dan/atau JPJ hendaklah mengeluarkan “saman” di bawah Seksyen 53 APJ 1987 ke atas penama di dalam maklumat yang diterima tersebut. Kemudiannya saman di bawah Seksyen 53 APJ 1987 tadi perlulah diserahkan kepada penama yang dinyatakan di dalam maklumat tersebut supaya beliau hadir ke Mahkamah bagi menjawap pertuduhan. Jika tiada maklumat diterima dalam tempoh tujuh (7) hari tersebut, maka suatu saman di bawah Seksyen 53 APJ 1987 boleh dikeluarkan kepada pemilik kenderaan supaya beliau hadir menjawap tuduhan di Mahkamah. Kemudia, proses Mahkamah akan mengambil alih.

Apabila seseorang Orang Kena Saman (OKS) hadir di Mahkamah, pertuduhan akan dibacakan kepada beliau. Beliau (OKS) akan ditanya samada memahami pertuduhan dan kesannya. OKS boleh memilih samada hendak mengaku salah atas pertuduhan atau meminta dibicarakan.

Jika minta dibicarakan, maka Mahkamah akan menetapkan suatu tarikh Bicara bagi pihak Pendakwa membawa saksi mereka untuk membuktikan adanya kes prima facie ke atas OKS. Maka proses perbicaraan seperti biasa akan bermula sehingga selesai. Di sinilah prinsip undang-undang “presume innocent until proven guilty” terpakai. Pihak Pendakwa perlu membuktikan OKS melakukan kesalahan bukan OKS perlu membuktikan dia tidak bersalah.

Jika OKS mengaku salah, beliau akan diterangkan kesan pengakuan dan hukuman yang boleh dikenakan. OKS juga akan dibenarkan membuat rayuan meringankan hukuman sebelum Mahkamah menjatuhkan hukuman. Apabila Mahkamah menjatuhkan hukuman, maka OKS hendaklah menjalani hukuman tersebut. Hukuman boleh samada dalam bentuk denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

Apabila hukuman denda dikenakan maka, OKS hendaklah menjelaskan denda tersebut. Jika hukuman atau denda telah dijelaskan maka kes saman tersebut dianggap selesai. Jika denda tidak dibayar maka OKS akan dipenjarakan. Jika OKS selesai menjalani hukuman, maka kes saman tersebut selesai.

Adakah “Saman Ekor” itu adalah saman?

Pertama, jika yang diterima itu suatu notis di bawah Seksyen 115 APJ 1987, maka ianya bukanlah saman. Notis di bawah Seksyen 115 APJ 1987 ini kebiasaannya datang dengan tawaran kompaun. Tawaran kompaun adalah bagi mereka yang mengakui kesalahan, maka mereka boleh membayar jumlah kompaun yang ditawarkan. Tetapi jika mereka tidak mengakui kesalahan, maka kompaun tersebut tidak perlu dibayar. Jika kompaun tidak di bayar, maka proses seterusnya adalah dengan mengeluarkan saman di bawah Seksyen 53 APJ 1987.

Kedua, jika yang diterima itu adalah saman di bawah Seksyen 53 APJ 1987, maka ianya adalah saman yang sah. Penerima saman tersebut hendaklah hadir ke Mahkamah bagi menjawap pertuduhan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan di dalam saman tersebut. Kegagalan untuk hadir boleh menyebabkan waran tangkap dikeluarkan ke atas penerima saman tersebut.

Isu hangat dibicarakan sekarang adalah apabila kerajaan melalui JPJ menyenarai hitam pemilik kenderaan yang dikatakan mempunyai saman tertunggak.

Apakah saman boleh tertunggak? Jika kita mengikut prosedur saman seperti yang dinyatakan sebelum ini, maka kita akan jelas bahawa saman tidak akan dan tidak boleh tertunggak. Apabila saman itu telah diserahkan kepada OKS dan OKS telah hadir ke Mahkamah, samada dibicarakan atau mengaku salah, kes saman tersebut akan selesai. Tiada isu saman tertunggak.

Jika tidak tertunggak, kenapa Kerajaan, PDRM dan JPJ masih mengatakan ada saman tertunggak? Jawapan mudahnya kerana Kerajaan, PDRM dan JPJ tidak faham dan tidak mahu memahami kedudukan undang-undang yang digubal sendiri oleh Kerajaan. Alasan lainnya adalah Kerajaan mahu rakyat memberikan duit kepada kerajaan dengan cara mudah tanpa banyak soal. Sebenarnya apa yang dimaksudkan tertunggak oleh kerajaan itu adalah notis di bawah Seksyen 115 APJ 1987. Jumlah denda yang dikatakan tertunggak itu pula adalah jumlah tawaran kompaun yang ditawarkan di dalam notis di bawah Seksyen 115 APJ 1987 tersebut.

Jika mengikut undang-undang tiada saman boleh dikira tertunggak, bolehkah JPJ dan Polis menyenarai hitam kenderaan yang mempunyai notis “Saman Ekor”. Jawapannya telah diulas dengan panjang lebar oleh Yang Arif Hakim Datuk Abdul Aziz Rahim di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang vs Director of jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak [2009] 6 CLJ 280. Yang Arif telah mengulas seperti berikut :-

(1) The language in s. 17(1)(d) of the RTA should be given a strict and narrow interpretation to avoid injustice done to motorists in that the expression “outstanding matter or case with the RTD or the police relating to any contravention of or offence against the RTA or the CVLBA” should be confined only to a matter or case that has gone to court and in which the applicant had failed to appear to answer the charge on the offence or contravention for which the summons was issued, and also to a matter or case under investigation by the RTD or the police and pending the outcome of such investigation. In this case, there was no evidence that the 2nd respondent had satisfied himself that the applicant had been charged in a court of law for the offence stated in exh. L2 or whether the offence alleged had been proven in a court of law against the applicant. (paras 39 & 40)

(2) The exercise of discretion by the 2nd respondent not to issue the motor vehicle licence to the applicant in respect of the said vehicle had violated the principle of “Wednesbury unreasonableness”. In public law, it is one of the well recognised grounds upon which a decision of a public decision-maker may be challenged in the courts. The recent trend of cases applying the “Wednesbury unreasonableness” principle in judicial review shows that it is not confined only to the examination of the process of decision-making but also to the merits of the decision. (para 44)

(4) The blacklisting of the applicant was tantamount to compelling the applicant to admit to the alleged offence and pay the compound. This conclusion seemed to have the support of the Federal Counsel when she told the court that the purpose of s. 17(1)(d) of the RTA is to ensure that a person issued with a traffic summons pays the summons. Clearly, therefore, such purpose of the statutory provision would be an affront to the basic principle of criminal law that a person is presumed innocent until proven guilty. (para 47)

(5) Under s. 15(1) of the RTA usage of a motor vehicle on public roads requires a motor vehicle licence, and sub-s. (4) of the same section makes it an offence for using or permitting to be used a motor vehicle without a motor vehicle licence. Therefore, to deny a person a motor vehicle licence to which he is entitled upon complying with the requirements of the law is to deny the person the use and enjoyment of his motor vehicle. Such denial would also be in contravention of art. 13 of the Federal Constitution, under which a person cannot be deprived of his or her property except in accordance with the law. The meaning of deprivation in art. 13 should be interpreted liberally and broadly to include any act that would deprive a person of the use and enjoyment of his property.(paras 48, 49 & 50)

(6) Reading s. 17 of the RTA as a whole, it should be implied in s. 17(1)(d) that an applicant that has been blacklisted and refused a motor vehicle licence should also be notified of the blacklisting and refusal and be accorded an opportunity to make representation to the licensed registrar. This is pertinent because the blacklisting is done mechanically without any inquiry. It all depends on whether an applicant’s name appears in the RTD’s computer system as a person who has an outstanding matter or case with the RTD or police in relation to a contravention of or an offence against the RTA or CVLB. (para 55)

(7) Thus, the decision of the respondents to blacklist the applicant and not issue him with a licence for the said vehicle was not only unreasonable but also unlawful. (para 56)

Initipati penghakiman tersebut seperti berikut :-

a) Perkara-perkara yang belum selesai hanyalah apabila sesuatu perkara itu dibawa ke Mahakamah dan orang yang didakwa gagal menjawap pertuduhan.

b) Menyenarai hitam pemilik kenderaan adalah suatu tindakan memaksa pemilik mengakui kesalahan dan membayar kompaun sedangkan kesalahan perlu dibuktikan di Mahkamah.

c) Menyenarai hitam pemilik kenderaan tanpa membuktikan kesalahan adalah bertentangan dengan prinsip “seseorang dianggap tidak bersalaha melainkan dibuktikan bersalah”.

d) Menafikan lesen kenderaan adalah penafian penggunaan harta peribadi. Ini bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang melarang mana-mana orang mengahalang orang lain menggunakan harta mereka.

Harapan agar tulisan ini dapat menjelaskan dan menerangkan kekaburan. Wallahu’alam.

Zulhazmi Shariff,

Penasihat Undang-Undang

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

25/08/2010

15 Ramadhan 1431H

Sumber: Harakahdaily