Isnin, Mac 23, 2009

Daie,.. Kena belajar berdakwah

* Gambar sebagai perkongsian pengalaman


KOLEJ 12, 9.05 MALAM

“Ustaz, dah nak balik dah?. Terima kasih.”

“Ha’ah, dah nak balik dah,” jawab saya. Jarang sebenarnya ada orang yang menyapa saya dengan panggilan ustaz. Kalau ada pun selalunya budak-budak AI yang sapa sebegitu. Tapi tak mengapa, biarkan. Harap- masin mulut budak ini. Mudah-mudahan jadi doa.

Tanpa bicara panjang saya pun terus keluar dari surau kolej 12. Alhamdulillah, selesai menunaikan solat Isya’ berjamaah, selesai juga memberi kuliah maghrib kepada 2 atau 3 kerat jamaher yang sudi mendengar. Seronok berkongsi ilmu yang ada ini dengan mereka. Paling tidak pun terisi juga masa antara Maghrib dengan Isya’ dengan kuliah yang tidak seberapa ini.

Nak kata hebat tu tidak lah, tetapi yang pasti sebenarnya ‘gerun’ juga nak sampaikan kuliah ini kepada orang lain. Rasanya setakat hendak lead demo ataupun buat Speaker Corner tidaklah segerun hendak memberi kuliah. Pelik, tetapi itu yang saya rasakan. Berdakwah dalam 2 angle yang berbeza memang menarik. Kalau selalunya sebok bersiasah dalam kampus, waktu PRK yang lepas bersiasah macam kampus ini kita yang punya. Terlibat dalam politik kampus bagaikan cabang untuk berdakwah kepada warga kampus agar faham dan boleh menerima cara pembawaan Islam di kampus.

Namun, bila dicabar untuk berdakwah dengan cara yang memberi kuliah maghrib di surau kolej-kolej kediaman, baru tahu susahnya. Terlintas dalam fikiran uslub dakwah ini juga tidak seharusnya ditinggal apatah lagi dipinggir. Dapatlah juga pengalaman menyampaikan kuliah di beberapa kolej kediaman jarang sekali saya masuk sebelum ini. Itu yang sampai tersesat-sesat mencari surau di kolej 9 dulu. Memang agak melucukan..

Rupanya memang benar, ramai sebenarnya student UM ini yang hendak mendengar pengajian agama, malah tercari-cari siapa yang boleh datang berkongsi ilmu dengan mereka. Tetapi nak buat macam mana, tiada yang rajin datang merancakkan majlis ilmu di surau-surau kolej, maka tidak hairanlah surau sentiasa suram dan muram sepanjang waktu. Surau AI itu pun boleh lengang, sunyi dan sepi tanpa ada orang yang hendak buat pengisian.

Maka tiba masanya kita kena berfikir, bertindak mengisi ruang yang ada selagi mampu. Tidak kisah setakat mana ilmu yang ada, kongsilah dengan yang lain. Bagi yang mahir mengupas kitab, silakan. Bagi yang sedap bertarannum, sudi-sudilah ajar pada yang mahu. Yang belajar Usuluddin, Syariah atau pun Pendidikan Islam, bila lagi nak luahkan ilmu yang membekam dalam dada?.

“Bagi yang belajar enjin, alam bina, medik,... nak kena bagi kuliah maghrib juga ke?”

Aduhai, ada juga yang bertanya soalan ini...

“Bagi je lah,. Tidak salah rasanya.. betul tak??”



Isnin, Mac 16, 2009

PMIUM hendak diharamkan!!! disaat itu kita perlu tersenyum puas.



Sejak dua menjak ini saya merasakan ada golongan yang tidak berapa senang dengan keselesaan yang mula dikecapi oleh Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (akronimnya PMIUM). Kemenangan memperoleh kepercayaan pada sesi PRK baru-baru ini menjadi ukuran. Sejak itu agak mudah gerak kerja kita menyampaikan kefahaman Islam di segenap kampus UM. Entah mengapa sedang kita mula mengatur langkah baru, isu PMIUM hendak diharamkan menjengah ke kelopak telinga mahasiswa sejak kebelakangan ini mengejutkan kita.

Kenapa tujahan ini saya lontarkan? Selaku sebagai ahli PMIUM, pasti saya melihat perkara ini bukan perkara yang remeh. Malah saya yakin bahawa keadaan yang berlaku baru-baru ini merupakan bibit-bibit permulaan kepada siri pertembungan yang amat hebat akan berlaku.

Buat kali yang kedua PMIUM menerima ugutan ‘direct’ daripada TNC HEPA Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Idris bahawa PMIUM akan diharamkan sewaktu Mesyuarat Agung Tahunan kerana berhasrat untuk menjemput ahli parlimen pembangkang Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim sebagai perasmi majlis. Akhirnya hanya dapatg menjemput YB Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Seri Setia. Itu pun mendapat tentangan hebat juga.

Saya masih teringat ketika isu forum intelektual yang membincangkan tentang pergolakan politik di Perak yang sepatutnya berlangsung di Masjid Ar-Rahman UM terpaksa dihentikan hanya beberapa jam dek kerana ugutan yang serupa diterima oleh mantan YDP PMIUM saudara Haafizudin Abirerah dan YDP MPMUM yang baru saudara Ridzuan Mohamad. Tindakan tidak profesional ini ternyata menimbulkan ketidakpuasan hati ahli PMIUM memandangkan forum tersebut dianjurkan oleh PMIUM.

Apa yang sememangnya dijangka sudah pun berlaku. Ternyata golongan yang tidak berpuas hati terhadap persatuan ini sudah menampakkan taring mereka. Namun hakikatnya persatuan ini yang sudah menjangkau umur 53 tahun sebenarnya sudah melalui pelbagai jerih dan perih dalam arus perjuangan mahasiswa. Apalah sangat ugutan sebegini kepada persatuan ini?

Teingat ketika mana saya bersembang dengan seorang sahabat non-muslim berbangsa cina dari Fakulti Undang-Undang nyata menarik perhatian saya. Apabila saya berkongsi cerita tentang ugutan yang kita terima, satu jawapan menarik yang terpancul dari mulutnya.

“ Kamu jangan risau lah tentang tu. Saya percaya yang TNC takkan haramkan PMI. PMI ini dah berakar umbi dalam diri mahasiswa UM sekian lama. Kalau PMI akan diharamkan teruk TNC nanti. Dia mesti tak berani punya”, jawabnya selamba.

Wah, hebat budak cina ni jawab!. Tak sangka pula dia yang bukan Islam menyokong perjuangan yang dibawa oleh kita. Mungkin akidah perjuangan dia mantap kerana dia pun meyakini usaha kita selama ini benar. Cuma dia ini non-muslim, hendak dikatakan berakidah pun pastinya tidak. Tapi terfikir juga, adakah kita pun berkeyakinan sepertinya?

Kalau inilah keadaan tekanan yang sudah mula terasa, saya yakin bahawa perjuangan kita untuk menegakkan Islam di kampus UM ini akan bertambah seri dengan sepak terajang alam perjuangan. Dalam lembaran sirah juga sudah terbukti ketika Islam kian berkembang, maka kian hebat juga tentangan yang berlaku.

Cuma satu sahaja yang saya terfikir, entah mengapa dan dari mana persoalan ini pernah timbul.

“Tidak pelikkah yang tentangan ini hanya datang dari pihak pentadbiran?”

“Pelajar-pelajar lain sama ada dari Penggerak Mahasiswa atau pun SPKUM hanya diam sahaja?”

Pelik, sungguh pelik...

Barangkali yang bakal berhadapan menentang kita ini bukan tentangan dari student,tetapi hanya dari pihak pentadbiran. Apalah sangat kita ini hanya sebuah persatuan yang tidak ada apa-apa pun tetapi terlalu ditakuti oleh pihak pentadbiran UM?. Takut sangatkah mereka dengan kita?

Kalau betul seharusnya kita berbangga dengan identiti kita. Sememangnya lumrah perjuangan akan ditentang. Saya mengajak anda semua berfikir, semoga dengan berfikir kita akan kenal siapa diri kita.

Adakah kita takut PMI ini diharamkan? Jikalau kita menjawab kita tidak kisah asalkan kita tetap dengan pendirian kita melawan kebatilan, maka di saat itu kita sepatutnya tersenyum puas....









|

Rabu, Mac 11, 2009

"Izzuddin, kenapa nickname kau IB_ADHAM?..

Tiba-tiba kawan baik saya bertanya soalan tu kepada saya baru-baru ni.

Tergelak pula saya bila ditanya soalan tersebut. Barangkali salah saya sendiri tidak pernah cerita bagaimana terbitnya nama IB_ADHAM ini dalam kamus hidup saya. Yang pasti nama ini bukan dipilih untuk ‘glamor’ atau pun sebagainya, tetapi ada kisah tersirat yang cukup membuatkan saya kagum dengan tuan punya nama asal yang saya telah pinjam.

“Bapa engkau nama Zaini kan?.. kenapa pulak adham?..pelik aku..”

“Eh, ke situ pulak dia ni fikir. Mungkin dia ini ingat nama itu maksudnya Ibnu adham”, kata saya sendirian. Mungkinlah bukan dia seorang sahaja yang terfikir macam itu, mungkin sahabat-sahabat yang lain pun sama juga.

“Bukan Ibnu adham lh,. Kau pernah dengan sorang tokoh sufi yang bernama IBRAHIM ADHAM?”, kata saya.

Nampaknya mulut ini sudah mula hendak membuka cerita tentang diri seorang hamba Allah yang mulia ini. Entah kenapa dalam banyak-banyak kisah wali Allah yang pernah saya baca, kisah empunya diri ini yang menarik perhatian saya. Tidak salah rasanya kalau saya berkongsi peribadi insan ini dengan yang lain yang saya mula ‘mengenalinya’ sejak darjah 3 lagi.

............................................................................


“Amy, ayah nasihatkan engkau baca buku kecil ini. Buku ni dah lama ayah simpan tapi tak de siapa pun yang baca”, tetiba ayah saya kata kepada saya sewaktu mengemas rumah. Entah macam mana buku yang telah lama hilang boleh ketemu semula. Bukunya yang kecil berkulit hijau dan kertasnya yang kekuning-kuningan itu menyebabkan saya rasa tertarik untuk membacanya.

“Kisah bagaimana seorang raja yang cukup hebat ditakdirkan Allah berubah menjadi seorang sufi yang begitu zuhud. Insya-Allah, kalau engkau menjadi seorang yang hebat suatu hari nanti jangan lupa jadi macam dia”

MENJADI SEORANG YANG HEBAT?. Tiba-tiba saya terdiam, tidak terkata apa. Mungkin inilah doa seorang ayah kepada anaknya. Anak sulongnya yang paling dia harapkan. Saya masih terdiam membisu. Terus membisu...

IBRAHIM ADHAM... Kisah Hebat Seorang Raja Menjadi Ahli Sufi Mulia

Ibrahim bin Adham atau nama asalnya ialah Abu Ishak Ibrahim bin Adham dilahirkan daripada keluarga bangsawan Arab yang kaya raya. Beliau terkenal sebagai seorang raja Balkh yang sangat luas wilayah kekuasaannya. Ke mana saja pergi, beliau akan diiringi empat puluh bilah pedang emas dan empat batang tongkat kebesaran emas diusung di depan dan belakangnya. Nama beliau berada dalam tinta sejarah daripada seorang raja yang masyhur kepada ahli sufi yang terkenal.

Bermulanya perubahan kehidupan Ibrahim bin Adham apabila pada suatu malam ketika baginda tertidur di bilik istananya, langit-langit di biliknya bergerak seolah-olah ada seseorang yang sedang berjalan di atas atap. Ibrahim terjaga dan berseru: “Siapakah itu?”

“Saya adalah seorang sahabat, untaku hilang, aku sedang mencarinya di atas atap ini.” Terdengar sahutan dari atas.

“Bodoh, tidak ada orang mencari unta di atas atap!” Ibrahim menengkingnya.

“Wahai manusia yang lalai, apakah engkau hendak mencari Allah Subhanahu wata’ala dengan berpakaian sutera dan tidur di alas tilam emas?” Jawab suara itu penuh simbolik.

Kata-kata ini sangat menggetarkan hati Ibrahim. Ia sangat gelisah dan tidak dapat meneruskan tidurnya sehingga pagi. Seperti kebiasaannya, di sebelah siang Ibrahim berada di atas singgahsananya untuk mendengar pengaduan dan masalah rakyat jelata. Tetapi hari itu keadaannya berlainan, dirinya gelisah dan banyak termenung.

Para menteri, pembesar istana dan rakyat yang hadir merasa hairan melihat perubahan yang terjadi dengan tiba-tiba kepada raja mereka.

Tiba-tiba masuk seorang lelaki berwajah menakutkan ke dalam ruangan perjumpaan itu. Tidak seorangpun di antara askar dan pengawal istana yang berani menanyakan sesuatu dan menghalangnya masuk. Kejadian berlaku begitu pantas, semua lidah menjadi kelu. Lelaki itu melangkah ke depan Ibrahim Adham.

“Apakah yang engkau inginkan daripada aku?” Tanya Ibrahim.

“Aku baru sahaja sampai, bagilah aku rehat dulu”, jawab lelaki itu.

“Ini bukan tempat persinggahan kafilah. Ini istanaku. Lagak engkau seperti orang gila saja!” Ibrahim menengking.

“Siapa pemilik sebenar istana ini sebelum engkau?” Tanya lelaki itu.

“Ayahku!” Jawab Ibrahim pendek.

“Sebelum ayahmu?”

“Datukku!”

“Sebelum dia?”

“Datuk kepada datuk-datukku!”

“Ke manakah mereka sekarang ini?“ Tanya lelaki itu.

“Mereka telah meninggalkan dunia ini”, jawab Ibrahim.

“Jika demikian, tidakkah ini sebuah persinggahan yang diduduki oleh seseorang kemudian ditinggalkannya dan diganti oleh yang lain pula?” Kata lelaki itu.

Tersentak juga hati Ibrahim mendengar kata-kata lelaki itu. Belum sempat Ibrahim menjawab, lelaki itu mengundur ke belakang dan tiba-tiba ghaib di tengah orang ramai. Banyak para alim ulama membuat tafsiran sesungguhnya lelaki itu adalah Nabi Khidhir ‘Alaihissalam yang sengaja datang mengetuk hati raja Ibrahim bin Adham yang semakin lalai dengan tipu daya dunia.

Kegelisahan Ibrahim semakin menjadi-jadi sejak kejadian tersebut. Ia dihantui oleh bayangan dan suara lelaki itu sejak peristiwa di istananya. Akhirnya kerana tidak tahan lagi Ibrahim memerintah pengawalnya: “Persiapkan kudaku yang terbaik! Aku hendak pergi berburu. Ya, Allah! Bilakah semua ini akan berakhir?”

Ibrahim bin Adham dan rombongan terus merentasi padang pasir yang luas saujana mata memandangnya. Baginda memacu kudanya begitu laju sehingga akhirnya terpisah dengan rombongan tersebut. Dalam mencari jalan keluar baginda terlihat seekor rusa. Tiba-tiba Ibrahim ghairah hendak memburu rusa itu. Belum sempat berbuat apa-apa rusa itu berkata kepadanya: “Wahai manusia yang lalai, aku disuruh oleh Allah Subhanahu wata’ala memburumu. Engkau tidak dapat menangkapku. Bertaubatlah, untuk inikah engkau diciptakanNya?”

Ibrahim yang di dalam ketakutan itu tiba-tiba terkejut dengan kata-kata itu. Baginda langsung tidak terfikir selama ini untuk apa baginda dicipta ke dunia. Sekarang keyakinan serta keimanannya telah tertanam di dalam dadanya. Seluruh pakaian dan tubuh kudanya basah oleh cucuran air mata penyesalannya selama ini. Dengan sepenuh hati Ibrahim bertaubat kepada Allah Subhanahu wata’ala. Dalam keadaan panas terik itu, baginda meninggalkan kudanya dengan berjalan kaki yang akhirnya baginda bertemu dengan seorang penggembala yang sedang menjaga sekumpulan kambing-kambingnya.

Tiba-tiba Ibrahim meminta keizinan untuk menyerahkan bajunya yang bersulam emas serta topinya yang bertatahkan batu-batu permata yang sangat mahal harganya. Sebaliknya baginda mengenakan pakaian dan topi gembala itu yang diperbuat daripada kulit dan bulu kambing. Gembala kambing itu melihat kelakuan Ibrahim itu dengan penuh kehairanan. Semua malaikat menyaksikan perbuatan Ibrahim itu dengan penuh kekaguman sehingga salah satu malaikat berkata: “Lihat, betapa megahnya kerajaan yang diterima putera Adham sebelum ini, akhirnya telah mencampakkan pakaian dunia yang kotor dan menggantinya dengan jubah kesedaran.”

Dengan berjalan kaki Ibrahim mengembara merentasi gunung dan menyusuri padang pasir yang luas sambil menginsafi dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Akhirnya sampailah baginda di sebuah gua. Ibrahim yang dulunya seorang raja yang hebat akhirnya menyendiri dan berkhalwat di dalam gua selama sembilan tahun. Selama di dalam gua itulah Ibrahim betul-betul mengabdikan dirinya kepada Allah Subhanahu wata’ala. Setiap hari Khamis baginda ke pekan bernama Nishapun untuk menjual kayu api. Setelah sembahyang Jumaat baginda pergi membeli roti dengan wang yang diperolehinya. Roti itu separuh diberikan kepada pengemis dan separuh lagi untuk berbuka puasa. Demikianlah yang dilakukannya setiap minggu.

Akhirnya baginda mengambil keputusan keluar dari gua tersebut untuk merantau lagi merentasi padang pasir yang terbentang luas itu. Baginda tidak tahu lagi ke mana hendak ditujui. Setiap kali baginda berhenti di sebuah perkampungan, baginda kumpulkan orang-orang setempat untuk memberitahu betapa kebesaran Allah terhadap hambaNya dan azab yang akan diterima oleh sesiapa yang mengingkarinya. Justeru itu banyaklah orang yang akrab dengannya dan ada yang menjadi muridnya. Baginda mengharungi padang pasir itu empat belas tahun lamanya. Selama itu pula baginda berdoa dan merendahkan dirinya serta tawaddhu’ kepada Allah Subhanahu wata’ala. Nama Ibrahim pula mula disebut-sebut orang; dari seorang raja berubah menjadi seorang ahli sufi yang merendah diri.

Pernah dalam perjalanannya baginda diuji. Disebabkan kewara’an baginda itu ada seorang kaya datang menemuinya untuk mengambil tabarruk ke atas baginda dengan memberi wang yang sangat banyak kepada Ibrahim. “Terimalah wang ini, semoga berkah”, katanya kepada Ibrahim.

“Aku tidak mahu menerima sesuatupun daripada pengemis”, jawab Ibrahim.

“Tetapi aku adalah seorang yang kaya”, pintas orang kaya orang itu.

“Apakah engkau masih menginginkan kekayaan yang lebih besar daripada apa yang telah engkau miliki sekarang ini?” tanya Ibrahim.

“Ya, kenapa tidak?” Jawabnya ringkas.

“Simpanlah wang ini kembali, bagi aku, engkau adalah ketua para pengemis di sini. Bahkan engkau bukan seorang pengemis lagi tetapi seorang yang sangat miskin dan meminta-minta.” Tegur Ibrahim.

Kata-kata Ibrahim itu membuatkan orang kaya itu tersentak seketika. Penolakan pemberiannya oleh Ibrahim disertai dengan kata-kata yang sinis lagi pedas itu turut meninggalkan kesan yang mendalam kepada dirinya. Dengan peristiwa tersebut orang kaya itu bersyukur kepada Allah kerana pertemuan dengan Ibrahim itu membuatkan dirinya sedar akan tipu daya dunia ini. Beliau lalai dengan nafsu yang tidak pernah cukup daripada apa yang perolehinya selama ini.

Suatu ketika sedang Ibrahim bin Adham menjahit jubah buruknya di tepi sungai Tirgis baginda ditanya oleh sahabatnya: “Engkau telah meninggalkan kemewahan kerajaan yang besar. Tetapi apakah yang engkau telah perolehi sebagai imbalannya?”

Disebabkan soalan yang tidak disangka-sangka itu keluar dari mulut sahabatnya sendiri maka dengan tiba-tiba jarum di tangannya terjatuh ke dalam sungai itu.

Sambil menunjukkan jarinya ke sungai itu Ibrahim berkata, “Kembalikanlah jarumku!”

Tiba-tiba seribu ekor ikan mendongakkan kepalanya ke permukaan air. Masing-masing ikan itu membawa sebatang jarum emas di mulutnya.

Ibrahim berkata: “Aku inginkan jarumku sendiri.”

Seekor ikan kecil yang lemah datang menghantarkan jarum besi kepunyaan Ibrahim di mulutnya.

“Jarum ini adalah salah satu di antara imbalan-imbalan yang ku perolehi, kerana meninggalkan kerajaan Balkh. Sedangkan yang lainnya belum tentu untuk kita, semoga engkau mengerti.” Kata Ibrahim Adham dengan penuh kiasan.

Begitulah kehidupan seorang raja Balkh yang bernama Ibrahim bin Adham yang luas pemerintahannya dan hidup di dalam kemewahan, tetapi akhirnya berkelana menjadi ahli sufi yang terkenal. Baginda menemui Allah Subhanahu wata’ala pada tahun 165H/782M di negeri Persia. Taubat Ibrahim itu merupakan sebuah kisah yang sangat unik bagi umat Islam yang merintis kehidupan yang penuh dengan tipu daya di dunia ini. Wallahu ‘alam.

Ahad, Mac 08, 2009

HIMPUNAN RAKYAT 7 MAC. "SEKEPING GAMBAR BERCERITA SERIBU KISAH"


KEBANGKITAN RAKYAT. Sanggup berjalan jauh dan merempuh halangan membantah dasar PPSMI pada 7 Mac 2009





Sekumpulan Rakyat merempuh barisan FRU apabila dihalang dari berarak ke Istana Negara.





Gandingan Ulama dan ahli akademik dalam perjuangan membela hak rakyat





Serangan bertubi-tubi dari polis. Percayakah anda ini polis Malaysia???
Menjaga keamanan atau melaksanakan kezaliman???





Kuala Lumpur dipenuhi asap pemedih mata. Bandingkan Palestin dengan Malaysia..





Polis menggunakan apa sahaja kaedah untuk menyuraikan rakyat yang sedang bangkit.
"HIDUP RAKYAT"





Bayangkan tembakan dari FRU tepat mengenai demonstran. tidak salah kita katakan negara ini umpama negara polis.





Puluhan ribu manusia membanjiri ibukota sebagai isyarat bantahan terhadap dasar PPSMI.
PPSMI KARUT





Kebangkitan rakyat menolak dasar PPSMI. 7 Mac 2009





Jumaat, Mac 06, 2009

KUPASAN BUKU.."GERAKAN FREEMASONRY"..


Sedang saya membelek-belek buku yang di jual di kaki lima berhampiran cafe Akedemi Pengajiann Islam, secara tidak sengaja saya terpandang sebuah buku. Entah mengapa dalam banyak-banyak buku yang tersusun di atas meja itu, bulu setebal 213 muka surat ini yang saya capai.

“Buku ini baru adik. Baru je sampai kitorang ambil semalam.” Kata jurujual kepada saya walaupun saya tidak bertanya sepatah ape pun kepadanya. Mungkin inilah taktik peniaga untuk meyakinkan si pembeli yang sudah seakan-akan tertarik dengan barang jualan mereka.

“Hurm, bagus jugak buku ni, aku pun bukan tahu sangat tentang Gerakan Freemason yang kononnya hebat sangat tu.” Terdetik dalam hatiku.

“Bolehlah bang, RM 35 tu kira berbaloi. Saya beli..” Saya keluarkan duit dari dompet lalu membayar harga buku tersebut. Sungguh saya katakan, saya ini sebenarnya jenis malas membaca buku. Seingat saya memang banyak buku yang saya sudah beli sebelum ini, tapi kebanyakannya memenuhkan rak di dalam bilik A418 di kolej 12 jer. Kalau nak baca sampai habis tu susah nak jamin, bergantung kepada ‘mood’ dan tajuk buku sama ada best atau tidak.

Tidak salah rasanya kalau saya dapat berkongsi isi kandungan buku ini. Semoga mendapat iktibar dan dapat berkonsi ilmu bersama dengan sahabat-sahabat yang lain.

MUKADDIMAH:

"ولن ترضى عنك اليهود ولا النصرى حتى تتبع ملتهم"

Dan sesekali tidak akan redha golongan-golongan Yahudi dan Nasrani terhadap dirimu (muslimin) sehingga kamu menurut jalan(kehendak) mereka.... Surah Al-Baqarah : 120

Semenjak bumi ini disinari cahaya Islam, pertembungan antara hak dan batil sentiasa berlaku seolah-olah sudah menjadi rutin harian masyarakat dunia.Permusuhan yang tercetus semenjak dai alam malakut dari keengganan iblis untuk tunduk kepada adam berpanjangan bersama peredaran zaman dan waktu yang menyaksikan permusuhan ini silih berganti merebut takhta kerajaan di bumi ini.

Musuh Islam dari kalangan Yahudi dan Kristian sememangnya menunggu peluang keemasan ini untuk menarik dan membawa mereka ke lembah kesesatan. Orang-orang yan g telah terjebak dengan umpan suapan musuh Islam terutamanya Yahudi akan menjadi hamba yang taat setia untuk dikerah untuk melakukan apa sahaja kehendak mereka walaupun terpaksa membunuh saudara seagama.

Dalam masa yang sama, gerakan bawah tanah seperti Freemasonry dibawa masuk untuk diterapkan ke dalam gerakan kebangsaan yang telah dibentuk. Gerakan-gerakan seumpama ini telah menyusup masuk dan menjadi tulang belakang kepada gerakan-gerakan yang bersifat kebangsaan. Kehadiran gerakan seperti ini telah membawa masuk slogan-slogan yang zahirnya menampakkan mereka sebagai gerakan yang memperjuangkan nasib bangsa tetapi pada hakikatnya mengandungi agenda rahsia untuk kepentingan musuh Islam

Gerakan ini diepelopori oleh golongan Yahudi bermatlamatkan untuk mengambil kembali tanah Pelestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa disamping perancangan rapi untuk menguasai dunia secara senyap. Bermula dengan mewujudkan persatuan-persatuan kebajikan di seluruh dunia bagi mengaburkan modus operandi meraka pada masyarakat umum.

Mengikut Ensiklopedia Erti Dan Istilah Yahudi perkataan Freemason berasal daripada perkataan Inggeris yang membawa maksud JURUBINA BEBAS(free and Mason). Dalam bahasa arab golongan ini diistilahkan sebagai Masuniyah. Tetapi hakikatnya golongan ini tiada kaitannya dengan tukang-tukang bangunan zaman pertengahan. Kewujudan mereka sebenarnya sebagai organisasi Yahudi Antarabangsa yang bekerja untuk menghancurkan kesejahteraan manusia, merosakkan sistem politik, ekonomi dan sosial di negara-negara yang dimasuki. Ia berusaha untuk memusnahkan bangsa dan pemerintahan Non-Yahudi(Goyim).

Mengikut kajian, gerakan ini sebenarnya telah diasaskan sejak tahun 43 Masihi oleh dua orang lelaki Yahudi bernama Aheram Abyob dan Muab Lavi. Tujuan asal penubuhan adalah untuk menyesatkan pengikut ajaran nabi Allah Isa as.

Asasnya pergerakan ini ditubuhkan berdasarkan kitab Talmud untuk memusuhi semua agama secara umumnya dan memusuhi Katholik secara khususnya.

Tedapat beberapa prinsip utama dalam pergerakan Freemason ini. Antara yang boleh disebutkan disini ialah:

a) Kerahsiaan.

b) Anggota wajib beri taat setia 100% kepada Yahudi dan dikehendaki memutuskan semua hubungan dengan sebarang agama dan negara.

c) Memuliakan keturunan Yahudi sahaja.

d) Menyebarkan semua kemungkaran dan mengagungkan hubungan sex.

e) Memusuhu semua agama sehingga dapat menguasainya.

f) Para anggota saling tolong-menolong antara satu sama lain.

g) Mengadakan propaganda dan revolusi.

Lebih menakutkan, pertubuhan ini telah berjaya mengembangkan sayap mereka dengan menggunakan topeng-topeng’ ciptaan mereka sendiri yang beridentitikan kelab-kelab kebajikan, organisasi-organisasi yang besar malah pertubuhan yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia. Dengan itu secara mudah mereka dapat diterima oleh masyarakat dunia tanpa mengetahui siapakah diri mereka sebenarnya. Antaranya ialah:

a) Pertubuhan Illumanity (Cahaya)

b) Pertubuhan B’nai B’rith

c) Pertubuhan Bahaiyah

d) Pertubuhan kesaksian Yehava / yahoo

e) Kelab Rotary Antarabangsa (1905)

f) Pertubuhan persatuan dan kemajuan (1909)

g) Kelab Lions (1917)

h) Pertubuhan Yoga

*setakat ini dahulu coretan maklumat mengenai buku yang bermanfaat ini. Sememangnya bagus untuk bacaan semua. Untuk maklumat selanjutnya bolehlah beli buku tersebut sebagai koleksi atau pun pengetahuan yang amat berguna tentang strategi musuh-musuh alaf moden menyerang umat Islam...