Isnin, Mac 16, 2009

PMIUM hendak diharamkan!!! disaat itu kita perlu tersenyum puas.



Sejak dua menjak ini saya merasakan ada golongan yang tidak berapa senang dengan keselesaan yang mula dikecapi oleh Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (akronimnya PMIUM). Kemenangan memperoleh kepercayaan pada sesi PRK baru-baru ini menjadi ukuran. Sejak itu agak mudah gerak kerja kita menyampaikan kefahaman Islam di segenap kampus UM. Entah mengapa sedang kita mula mengatur langkah baru, isu PMIUM hendak diharamkan menjengah ke kelopak telinga mahasiswa sejak kebelakangan ini mengejutkan kita.

Kenapa tujahan ini saya lontarkan? Selaku sebagai ahli PMIUM, pasti saya melihat perkara ini bukan perkara yang remeh. Malah saya yakin bahawa keadaan yang berlaku baru-baru ini merupakan bibit-bibit permulaan kepada siri pertembungan yang amat hebat akan berlaku.

Buat kali yang kedua PMIUM menerima ugutan ‘direct’ daripada TNC HEPA Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Idris bahawa PMIUM akan diharamkan sewaktu Mesyuarat Agung Tahunan kerana berhasrat untuk menjemput ahli parlimen pembangkang Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim sebagai perasmi majlis. Akhirnya hanya dapatg menjemput YB Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Seri Setia. Itu pun mendapat tentangan hebat juga.

Saya masih teringat ketika isu forum intelektual yang membincangkan tentang pergolakan politik di Perak yang sepatutnya berlangsung di Masjid Ar-Rahman UM terpaksa dihentikan hanya beberapa jam dek kerana ugutan yang serupa diterima oleh mantan YDP PMIUM saudara Haafizudin Abirerah dan YDP MPMUM yang baru saudara Ridzuan Mohamad. Tindakan tidak profesional ini ternyata menimbulkan ketidakpuasan hati ahli PMIUM memandangkan forum tersebut dianjurkan oleh PMIUM.

Apa yang sememangnya dijangka sudah pun berlaku. Ternyata golongan yang tidak berpuas hati terhadap persatuan ini sudah menampakkan taring mereka. Namun hakikatnya persatuan ini yang sudah menjangkau umur 53 tahun sebenarnya sudah melalui pelbagai jerih dan perih dalam arus perjuangan mahasiswa. Apalah sangat ugutan sebegini kepada persatuan ini?

Teingat ketika mana saya bersembang dengan seorang sahabat non-muslim berbangsa cina dari Fakulti Undang-Undang nyata menarik perhatian saya. Apabila saya berkongsi cerita tentang ugutan yang kita terima, satu jawapan menarik yang terpancul dari mulutnya.

“ Kamu jangan risau lah tentang tu. Saya percaya yang TNC takkan haramkan PMI. PMI ini dah berakar umbi dalam diri mahasiswa UM sekian lama. Kalau PMI akan diharamkan teruk TNC nanti. Dia mesti tak berani punya”, jawabnya selamba.

Wah, hebat budak cina ni jawab!. Tak sangka pula dia yang bukan Islam menyokong perjuangan yang dibawa oleh kita. Mungkin akidah perjuangan dia mantap kerana dia pun meyakini usaha kita selama ini benar. Cuma dia ini non-muslim, hendak dikatakan berakidah pun pastinya tidak. Tapi terfikir juga, adakah kita pun berkeyakinan sepertinya?

Kalau inilah keadaan tekanan yang sudah mula terasa, saya yakin bahawa perjuangan kita untuk menegakkan Islam di kampus UM ini akan bertambah seri dengan sepak terajang alam perjuangan. Dalam lembaran sirah juga sudah terbukti ketika Islam kian berkembang, maka kian hebat juga tentangan yang berlaku.

Cuma satu sahaja yang saya terfikir, entah mengapa dan dari mana persoalan ini pernah timbul.

“Tidak pelikkah yang tentangan ini hanya datang dari pihak pentadbiran?”

“Pelajar-pelajar lain sama ada dari Penggerak Mahasiswa atau pun SPKUM hanya diam sahaja?”

Pelik, sungguh pelik...

Barangkali yang bakal berhadapan menentang kita ini bukan tentangan dari student,tetapi hanya dari pihak pentadbiran. Apalah sangat kita ini hanya sebuah persatuan yang tidak ada apa-apa pun tetapi terlalu ditakuti oleh pihak pentadbiran UM?. Takut sangatkah mereka dengan kita?

Kalau betul seharusnya kita berbangga dengan identiti kita. Sememangnya lumrah perjuangan akan ditentang. Saya mengajak anda semua berfikir, semoga dengan berfikir kita akan kenal siapa diri kita.

Adakah kita takut PMI ini diharamkan? Jikalau kita menjawab kita tidak kisah asalkan kita tetap dengan pendirian kita melawan kebatilan, maka di saat itu kita sepatutnya tersenyum puas....









|

Tiada ulasan:

Catat Ulasan