Rabu, Mac 11, 2009

"Izzuddin, kenapa nickname kau IB_ADHAM?..

Tiba-tiba kawan baik saya bertanya soalan tu kepada saya baru-baru ni.

Tergelak pula saya bila ditanya soalan tersebut. Barangkali salah saya sendiri tidak pernah cerita bagaimana terbitnya nama IB_ADHAM ini dalam kamus hidup saya. Yang pasti nama ini bukan dipilih untuk ‘glamor’ atau pun sebagainya, tetapi ada kisah tersirat yang cukup membuatkan saya kagum dengan tuan punya nama asal yang saya telah pinjam.

“Bapa engkau nama Zaini kan?.. kenapa pulak adham?..pelik aku..”

“Eh, ke situ pulak dia ni fikir. Mungkin dia ini ingat nama itu maksudnya Ibnu adham”, kata saya sendirian. Mungkinlah bukan dia seorang sahaja yang terfikir macam itu, mungkin sahabat-sahabat yang lain pun sama juga.

“Bukan Ibnu adham lh,. Kau pernah dengan sorang tokoh sufi yang bernama IBRAHIM ADHAM?”, kata saya.

Nampaknya mulut ini sudah mula hendak membuka cerita tentang diri seorang hamba Allah yang mulia ini. Entah kenapa dalam banyak-banyak kisah wali Allah yang pernah saya baca, kisah empunya diri ini yang menarik perhatian saya. Tidak salah rasanya kalau saya berkongsi peribadi insan ini dengan yang lain yang saya mula ‘mengenalinya’ sejak darjah 3 lagi.

............................................................................


“Amy, ayah nasihatkan engkau baca buku kecil ini. Buku ni dah lama ayah simpan tapi tak de siapa pun yang baca”, tetiba ayah saya kata kepada saya sewaktu mengemas rumah. Entah macam mana buku yang telah lama hilang boleh ketemu semula. Bukunya yang kecil berkulit hijau dan kertasnya yang kekuning-kuningan itu menyebabkan saya rasa tertarik untuk membacanya.

“Kisah bagaimana seorang raja yang cukup hebat ditakdirkan Allah berubah menjadi seorang sufi yang begitu zuhud. Insya-Allah, kalau engkau menjadi seorang yang hebat suatu hari nanti jangan lupa jadi macam dia”

MENJADI SEORANG YANG HEBAT?. Tiba-tiba saya terdiam, tidak terkata apa. Mungkin inilah doa seorang ayah kepada anaknya. Anak sulongnya yang paling dia harapkan. Saya masih terdiam membisu. Terus membisu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan