Isnin, Mac 23, 2009

Daie,.. Kena belajar berdakwah

* Gambar sebagai perkongsian pengalaman


KOLEJ 12, 9.05 MALAM

“Ustaz, dah nak balik dah?. Terima kasih.”

“Ha’ah, dah nak balik dah,” jawab saya. Jarang sebenarnya ada orang yang menyapa saya dengan panggilan ustaz. Kalau ada pun selalunya budak-budak AI yang sapa sebegitu. Tapi tak mengapa, biarkan. Harap- masin mulut budak ini. Mudah-mudahan jadi doa.

Tanpa bicara panjang saya pun terus keluar dari surau kolej 12. Alhamdulillah, selesai menunaikan solat Isya’ berjamaah, selesai juga memberi kuliah maghrib kepada 2 atau 3 kerat jamaher yang sudi mendengar. Seronok berkongsi ilmu yang ada ini dengan mereka. Paling tidak pun terisi juga masa antara Maghrib dengan Isya’ dengan kuliah yang tidak seberapa ini.

Nak kata hebat tu tidak lah, tetapi yang pasti sebenarnya ‘gerun’ juga nak sampaikan kuliah ini kepada orang lain. Rasanya setakat hendak lead demo ataupun buat Speaker Corner tidaklah segerun hendak memberi kuliah. Pelik, tetapi itu yang saya rasakan. Berdakwah dalam 2 angle yang berbeza memang menarik. Kalau selalunya sebok bersiasah dalam kampus, waktu PRK yang lepas bersiasah macam kampus ini kita yang punya. Terlibat dalam politik kampus bagaikan cabang untuk berdakwah kepada warga kampus agar faham dan boleh menerima cara pembawaan Islam di kampus.

Namun, bila dicabar untuk berdakwah dengan cara yang memberi kuliah maghrib di surau kolej-kolej kediaman, baru tahu susahnya. Terlintas dalam fikiran uslub dakwah ini juga tidak seharusnya ditinggal apatah lagi dipinggir. Dapatlah juga pengalaman menyampaikan kuliah di beberapa kolej kediaman jarang sekali saya masuk sebelum ini. Itu yang sampai tersesat-sesat mencari surau di kolej 9 dulu. Memang agak melucukan..

Rupanya memang benar, ramai sebenarnya student UM ini yang hendak mendengar pengajian agama, malah tercari-cari siapa yang boleh datang berkongsi ilmu dengan mereka. Tetapi nak buat macam mana, tiada yang rajin datang merancakkan majlis ilmu di surau-surau kolej, maka tidak hairanlah surau sentiasa suram dan muram sepanjang waktu. Surau AI itu pun boleh lengang, sunyi dan sepi tanpa ada orang yang hendak buat pengisian.

Maka tiba masanya kita kena berfikir, bertindak mengisi ruang yang ada selagi mampu. Tidak kisah setakat mana ilmu yang ada, kongsilah dengan yang lain. Bagi yang mahir mengupas kitab, silakan. Bagi yang sedap bertarannum, sudi-sudilah ajar pada yang mahu. Yang belajar Usuluddin, Syariah atau pun Pendidikan Islam, bila lagi nak luahkan ilmu yang membekam dalam dada?.

“Bagi yang belajar enjin, alam bina, medik,... nak kena bagi kuliah maghrib juga ke?”

Aduhai, ada juga yang bertanya soalan ini...

“Bagi je lah,. Tidak salah rasanya.. betul tak??”



1 ulasan:

  1. assalamualaikum ustaz...
    teruskan perjuangan!

    dakwah bukan saja dengan bercakap tetapi juga pada tingkah laku..

    sy sedih dengan sahabat2 yg ambik pengajian agama, tetapi ....???akhlaknya?pakaiannya??
    masyaAllah...tiada bezanya dengan kwn2 yg tk pernah belajar agama...apa pandangan ustaz pasal perkara nie?

    BalasPadam